Saturday, November 19, 2011

kain hitam kurung putih


kain hitam kurung putih ? tajuk sahaja sudah melambangkan segalanya . ada pahit manis sepanjang saya bergelar pelajar pra-universiti di Victoria Institution . mula melangkah sahaja sudah mula dilontar batu dipanah ditembak sebagainya oleh mereka mereka yang begitu iri melihat keseimbangan kaki ini melangkah . kaki masih melangkah kerana hati menghantar isyarat "persetankan mereka" atau dengan kata yang lebih lembut "abaikan mereka" . ya begitu berliku , itu sangat saya akui , begitu beronak duri perjalanan saya di institusi ini . air mata sudah terbekas di lantai batu , gelak tawa melekat di setiap ceruk dinding .

bermula daripada kisah minggu orientasi beralih pula kepada kisah hari guru beranjak pula kepada kisah mendeklamasikan sajak bertukar kepada kisah "diperbodohkan" oleh pemimpin pemimpin bijak kemudian ke kisah pulau langkawi beralih ke kisah "gila kuasa" kemudian menyelak kisah manusia manusia pra matang bersalin pula kepada kisah minggu peperiksaan bertukar pula kisah "tak puas hati" bertukar pula kisah "kau aku" kemudian ke kisah mendeklamasi sajak kemerdekaan selepas itu ke kisah pulau pangkor kemudian kisah itu ini itu ini itu ini dan berakhir dengan kisah kehilangan jam tersayang . banyak lagi itu ini tapi itu antara kisah terbesar terhebat yang berlaku sepanjang saya bernafas di institusi itu .

panjang lagi kisah yang akan terlakar dalam hidup saya , setahun lagi untuk menghabiskan sisa sisa sebagai pelajar pra-universiti (: Sampai ketemu lagi !

No comments:

Post a Comment