Sunday, October 30, 2011

sudah tidak tercapai jari


Bergolek golek di atas katil , tiba tiba terbit rasa untuk menulis di badan awak , akal menghalang kerana malas mengulit tapi hati menjuarai kali ini kerana hati meronta rindu untuk mencoret di badan mu . sayang seribu kali sayang . aku tenggelam dalam kenangan , fikiran dibayangi seribu satu perkara sehingga aku tidak mengerti apa yang ingin hati ini sampaikan . aku ingin menulis tapi tidak terluah . ringkasnya anggota tubuhku memilih untuk tidak bekerjasama dengan aku dalam penulisan kali ini . mengapakah ? mereka merajuk kerana aku membiarkan mereka dilukai terluka . apakah ? aku tidak menjaga mereka daripada manusia lain yang begitu galak melukakan aku . tidak menyalahkan mereka kerana lumrah manusia yang gemar mengintai orang sebelah . biarkan mereka terpujuk , aku pasti kembali sign in dan klik 'new post' .



No comments:

Post a Comment