
STOPPPPP ! Saya bosan dengan drama , saya nak filem boleh ? (:
tiada yang salah dengan pernyataan " ada hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi " kerana saya mula mengetahui apa yang tersirat di sebalik beberapa siri kejadian yang berlaku kepada saya . jujur , saya mampu tersenyum . saya mula bijak mengawal sesuatu kerana saya percaya Allah Maha Mengetahui . saya kian memahami rentak permainan duniawi , manusia akan mempunyai pelbagai jenis ragam yang kadangkala membuatkan saya tersenyum , ketawa , menangis , bosan, letih dan macam macam bentuk perasaan . akhirnya saya merumuskan , saya perlu sabar dan kuat agar tidak lemas dalam permainan terlebih "bijak" mereka . mungkin manusia berasa drama yang ada di televisyen tidak cukup banyak dan perlu membuat drama sendiri , mungkin . itu menyebabkan mereka membuat drama terbitan , arahan , lakonan , penonton sendiri . semuanya sendiri. tapi lumrah , memerlukan orang lain untuk melengkapkan cerita mereka , memuaskan hati mereka dan lebih penting menjulang perasaan negatif mereka . tapi mereka lupa , disebalik semuanya Allah ada . Ya Allah , terima kasih untuk semuanya , dugaan yang Engkau berikan membuat aku kuat dan matang dalam meniti kehidupan (:
No comments:
Post a Comment