Saturday, August 13, 2011

Nurul Atiqah Nor Azman (:


Apa khabar penghirup oksigen semua ?


Esok genap 14 hari umat islam menjalani ibadah puasa dan saya tidak berpeluang merasainya kerana masalah kesihatan . hanya hari pertama saya dapat rasa sedikit nikmat berpuasa . dan hari pertama berpuasa juga saya diuji dengan dugaan yang mebuatkan saya lelah sesak untuk terus bernafas . tidak perlu la saya merungkaikan apa dan mengapa ia terjadi , yang lepas itu akan tetap saya biarkan lepas. saya tidak menyesal tapi ralat kerana perkara itu terjadi pada hari pertama berpuasa .

Tidak setitik pun air mata saya biarkan menitis kerana perkara itu dan tidak sebesar zarah pun saya mengizinkan hati saya berduka lara kerana hal itu , tidak sama sekali . saya hanya anggap apa yang terjadi sebagai satu siri pembelajaran untuk saya perbaiki diri sendiri dan mengambil pengajaran daripadanya .

Pada minggu pertama puasa juga saya dan rakan rakan tingkatan enam bawah menduduki ujian penilaian pertama kami sebagai pelajar tingkatan 6 . saya hanya sempat menjawab kertas ujian bahasa malaysia sahaja memandangkan hari yang lain saya terlantar di rumah kerana masalah kesihatan . kemudian setelah kesihatan kembali pulih saya kembali ke sekolah dengan sebuah senyuman . saya menjawab kertas ujian yang lain dan pada minggu kedua berpuasa , hati saya sentiasa tenang dan gembira dengan apa yang saya lalui . Alhamdullilah . Ya Allah , pada MU ku bermohon agar kelapangan dan kegembiraan ini sentiasa ada dalam hati ini

Saya gembira saat ini kerana keputusan ujian saya memberangsangkan dan masih boleh diperbaiki . keputusan itu memberikan satu suntikan semangat untuk terus menggapai kejayaan , mengorak langkah sebagai pelajar tingkatan 6 . tapi kemalasan sentiasa melanda apabila tiba masa untuk menyiapkan homework . itulah Nurul Atiqah (:

Seribu kesyukuran saya sentiasa panjatkan kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan keluarga yang cukup menyayangi diri saya terutama mummy dan babah . mereka tidak menjemu menyalut diri ini dengan sebuah kasih sayang yang membuatkan saya kuat seperti batu konkrit melalui apa pun dalam sebuah kehidupan . begitu juga buat adik adik , saudara mara dan semua ahli keluarga Ishak Haji Ali dan Mohd Nor Yatim Semoga kita sama sama mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat . Amin .

Diri ini masih berdiri teguh kerana sahabat sahabat tercinta yang sentiasa ada untuk saya . mereka insan yang begitu saya sayangi dan saya perlukan dalam meniti onak duri dalam kehidupan . Alhamdullilah , sekali lagi saya bersyukur kerana diberi anugerah terindah ini . tidak perlu menyenaraikan nama mereka kerana saya tahu siapa mereka dan mereka tahu siapa mereka . terima kasih sahabat sahabat ku Doa saya sentiasa ada untuk kalian .

Kini saya melalui hari dengan senyuman dan saya mengharap yang terbaik untuk semuanya (:




No comments:

Post a Comment