
Post sebelum semua tentang RAR . ini pula semua tentang AI . siapa AI ? Anwar Ibrahim ke ? politik pula dah haha . AI itu ialah Ateena Ishak , mummy tercinta saya . saya menghabiskan hari jumaat saya bersama mummy . 7 pagi dah digegar bangun untuk ke pejabat . syarikat babah adalah pembekal buku untuk perpustakaan , kolej , universiti . jadi pada hari tersebut saya ikut mummy ke PWTC bersama sama pensyarah daripada Maktab Kerjasama Malaysia . mereka membuat pemilihan buku . sambil itu saya tawaf semula pesta buku walaupun saya dah menjelahnya pada rabu lepas . saya tidak jemu kerana itu dunia saya . sudah semestinya saya banyak menelaah dan melihat buku buku sastera . panjang lebar sebenarnya saya nak cerita mengenai aktiviti pada hari ini sebab banyak tempat saya dan mummy pergi. tetapi malas pula saya nak menulis mengenainya . kesimpulannya, saya gembira kerana sudah lama saya tidak menghabiskan masa bersama mummy . saya sayang mummy saya ♥
No comments:
Post a Comment