Sunday, May 1, 2011

semua tentang RAR


Saya kembali . awak teruja ? saya lagi teruja . mari kita mulakan pengembaraan kisah hidup saya melalui penulisan saya yang kadang kadang saya sendiri pening untuk mulakan dan akhirkan (:

Selasa

Bangun pagi gosok gigi mandi sabun pakai baju pakai kasut keluar rumah senang hati . lirik lagu lain sikit daripada awak semua belajar dekat tadika kan ? hidup perlu pembaharuan (: Kisah bermula apabila saya bertemu insan yang teramat penting dalam kehidupan seharian saya , Rabiatul Adawiya Razali . *senyum lebar lebar* . hati melakar garis pelangi , jiwa mewarnakannya , bibir menzahirkannya . saya tak sabar menghabiskan masa saya bersama yang tersayang . berjoging dan bermain badminton di FRIM Kepong . dan bermain air . ini part favourite saya . kami meloncat kegembiraan . kanak kanak pun kalah kalau awak semua melihat kami melepaskan lelah selepas mengeluarkan peluh . terjerit sana sini , gelak besar besar , lari berkejaran . konklusinya , laman hati saya menarik dekat dekat butang kebahagiaan dan menolak jauh jauh butang kesedihan .

Rabu

Rabiatul Adawiya Razali . kenapa saya pilih dia sekali lagi untuk menghabiskan hari saya bersama sama ? kerana dia sahabat yang begitu dekat di hati . tidak mudah untuk saya menceritakan sedalam dalamnya kisah saya kepada orang lain tetapi bersama dia saya senang untuk berkongsi . mungkin kerana kami bijak mengikut rentak masing masing . dan yang paling penting kejujuran itu penting . tidak kisah dalam apa pun kita lakukan , sifat itu penting kerana melalui kejujuran akan terzahir sebuah kegembiraan yang abadi . dengan lafaz bismillah saya sentiasa berdoa persahabatan ini kekal kerana saya boleh tersenyum apabila bersama dia . Amin . Rabiatul , kau jangan lupa aku . terima kasih sebab hari ini ( Rabu ) aku agak kusut dan kau sudi dengar setiap luahan aku , nasihat aku . dan perhatian yang kau berikan amat aku hargai , aku sayang kau sangat sangat

Alahai . panjang pula mukadimah saya . jangan marah kakak kakak abang abang . berkasih sayang itu amalan mulia (: sebenarnya saya , rabiatul , alia & hasina ke pesta buku di PWTC . pesta buku adalah acara tahunan yang termaktub dalam akta undang undang kehidupan saya . saban tahun saya pasti ke sana untuk membeli buku . saya cinta buku (: banyak pahit manis suka duka yang terjadi pada hari ini namun bagi saya yang putih lebih dari yang hitam . maksudnya , saya gembira daripada sedih .


p/s : kepada awak , kisah kita pada dua hari ini kita sama sama simpan ya (: Awak tahu siapa awak .

No comments:

Post a Comment