Sunday, April 10, 2011

Sepanjang bulan Mac saya telah menyerahkan diri saya kepada Ikatan Yakin Sdn . Bhd untuk menyumbang sedikit tenaga di pejabat . seperti biasa melakukan kerja kerja yang selalu saya lakukan apabila ke pejabat . alah bisa tegal biasa . selain melakukan kerja di pejabat , saya juga telah berkhidmat sebagai "kakak penjual buku " di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Petaling Jaya . dua hari yang memenatkan . namun saya mengenal kejerihan untuk mencari sesuap nasi . bukan mudah untuk jadi senang . semuanya bermula dari bawah . saya gembira kerana dapat bersama mummy , kakak ayu dan peneman setia saya Nurul Afiqah Idayu . dari proses pemilihan buku , angkat kotak , susun buku , jual buku semuanya yang melibatkan proses jual beli mengajar saya untuk menghargai setiap wang ringgit yang mummy babah saya keluarkan untuk saya .

aku sayang kau ling ling ♥


Peluh dah memercik , tenaga dah dikerah . kini masa saya merehatkan diri . atau lebih tepat menggedikkan diri . sambil menyelam minum air . untuk bertemu pencinta hati juga . awwwww gembira sangat . saya tengok cerita terhebat tahun ini Hikayat Merong Mahawangsa . keseronokan menghambat diri . apa yang tersirat disebalik hari ini , saya simpan rapi dalam ruang kecil hati saya ♥




Ini pula sehari sebelum result keluar . untuk menghilangkan ketegangan di kepala , mengurangkan degupan jantung dan menyembunyikan teka teki hati , saya keluar bermain bowling bersama kawan kawan saya . bowling bukan sukan kegemaran saya . namun untuk suka suka saya pun suka suka juga bermain . gelak tawa senyum riang menghiasi hari ini tanpa mengetahui apa yang bakal terjadi esok . haha suka tetap suka , duka tetap duka .


Gambar comel ini diambil semasa menemani mummy untuk berurut . itulah rutin saya ikut je punggung mummy saya . ehh tetapi keriangan sentiasa di hati apabila bersama yang tersayang walaupun kadang kadang hanya Allah yang mengetahui (:

Saya kembali , kembali , kembali . seronoknya naluri menulis dah datang tetapi semuanya sebab kebosanan mengulit diri . saya mampu update secara ringkas apa yang berlaku sepanjang bulan Mac ya sebab semuanya dah berlalu (: gambar gambar di atas adalah sebahagian perkara yang berlaku dalam kehidupan saya . banyak lagi yang terjadi tetapi tidak dirakamkan . namun tersemat rapi dalam laman hati saya .

No comments:

Post a Comment