tajuk nak hebat . eh perlu begitu . ini namanya strategi menarik minta pembaca . pandangan pertama tu penting . bila orang baca tajuk, orang dah teruja nak teruskan pembacaan . haha . tapi penulisan saya tidak la sehebat mana kan . ala kadar je . tarikh saya tak ingat tapi ni berlaku selepas keputusan SPM keluar . walaupun ada tercalit kekecewaan dalam diri masing masing namun kehidupan perlu diteruskan . jauh lagi perjalanan yang perlu kita harungi . yang utama diri sendiri harus cekal menjalaninya . tanpa menoleh kebelakang , kami berkumpul di rumah saya untuk bersuka ria di air terjun . sebelum itu perut perlu diiisi agar tidak melagukan bunyi bunyi yang kurang menyenangkan . selesai memuaskan nafsu makan kami berangkat ke air terjun . walaupun ada yang penat menaiki tangga tetapi kepuasan menyelam di dalam air hanya Allah yang Maha Mengetahui (: ini cara kami meraikan keputusan SPM , anda pula bagaimana ? (:
No comments:
Post a Comment