Sunday, June 17, 2012



Hi semua . Saya Nurul Atiqah . Ya , anak sulung kepada Nor Azman Mohd Nor & Ateena Ishak . Saya kakak kepada Nurul Aliah Farhana , Nurul Afiqah Idayu , Nurul Aida Alina , Muhammad Aiman Haris , Muhammad Alif Hakimi , Nurul Alliesya Damia , Nurul Aisyah Qaseh . Ya , saya cucu kepada Ishak Haji Ali , Kamsiah Aziz , Mohd Nor Yatim, Saudah . 

Saya kini pelajar jurusan sastera calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di Victoria Institution . Saya bekas pelajar di Tadika Kemas , Tadika Madeline , Sekolah Rendah Assunta , Sekolah Menengah Assunta , Sekolah Menengah St.Mary . Saya pernah menuntut di Tuisyen Sri Tiara , Tuisyen Sri Puncak , dan Perfection .

Saya dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre , Subang Jaya pada 18 Januari 1993 . Saya pernah menetap di rumah setinggan di Taman Medan sehingga umur saya 10 tahun . Kemudian saya berpindah di rumah teres di Taman Sri Perjasa , Sri Manja . Kemudian saya tinggal di rumah teres di Subang Jaya , SS12 . Akhirnya di sini saya , saya menetap di Templer Suasana Perangsang Templer Golf Club Rawang . 

Saya mendapat 4A1B dalam peperiksaan UPSR , Saya mendapat 6A2B dalam peperiksaan PMR , dan SPM ? 5A1B2C+2D . Saya minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia , Sejarah , Pendidikan Islam dan Tasawwur . 

Saya penggemar cokelat , winnie the pooh . Saya peminat setia Anuar Zain . Saya suka kepada lagu lagu rock kapak . Saya menjadikan kuah masak lemak cili padi ayam sebagai lauk kegemaran saya . Saya larut dalam air minuman tehOAis , 100plus dan jus oren . Saya juga suka kepada masakan nasi goreng . Saya cinta dunia bacaan . Saya gila kepada sukan bola sepak dan badminton . Saya gemar kepada aktiviti lasak .

Sekejap , terlalu banyak untuk saya coretkan tentang Nurul Atiqah Nor Azman dan saya akan menjadi seseorang yang sangat bosan apabila bercerita tentang diri saya . 

Awak kenal saya , awak akan tahu saya
Awak sudah tahu saya , awak kena hayati pengetahuan awak
Awak hayati sebaiknya kerana 
Nurul Atiqah Nor Azman itu :)

No comments:

Post a Comment