Thursday, April 26, 2012


Nak tahu atau tidak ?
Dunia ini indah .
bernafas dengan isinya sekali
hayati sekeliling
saya mudah tersenyum melihat "dunia" . 

Nak tahu atau tidak ?
Kita semua sentiasa mentah walaupun usia kian meningkat
Kita semua serupa 
Jangan pernah menjerit meminta orang faham kita
kerana hakikatnya kita belum khatam memahami diri kita .

Nak tahu atau tidak ?
Cinta itu indah , sangat indah 
namun lumrah 
manusia akan menjadikan keindahan itu sebaliknya
cinta itu cinta .

Nak tahu atau tidak ?
Aku angkat tangan kepada mereka yang mengatakan
"Dunia itu dunia" 

Pastinya Allah Maha Mengetahui setiap hal di atas muka bumi .

No comments:

Post a Comment