Tuesday, April 24, 2012

Alif Safwan



Kehilangan . Ya saya kehilangan seorang sahabat . Sahabat yang masih di hadapan mata , jasadnya masih dapat dilihat . Itu lebih perit daripada kehilangan abadi .


Saya mengenali dia tahun lepas . Ya , tahun lepas ketika saya bergelar pelajar tingkatan enam rendah . Masih saya ingat ketika itu, saya duduk di belakang sahabat saya ini . Dia yang saya kenal pada awalnya seorang yang pemalu . Setiap kali bercakap pasti tidak pandang mata . Namun saya terus bertegur sapa dengan sahabat saya ini . Hari demi hari . Minggu demi minggu . Sahabat saya yang berasal dari Negeri Sembilan ini menjadi insan terpenting dalam diari kehidupan saya di sekolah . 


Masih segar di ingatan , dia bertanyakan kepada saya mengenai kerja sekolah di IM Facebook . Saya memberikan nombor telefon bimbit saya kepada dia kerana ketika itu saya mahu offline . Dia mengatakan "eh kau percaya aku?" . 


Ya , saya percaya dia . Dia yang saya ceritakan kisah suka duka . Dia sahabat yang memahami . Dia sahabat yang setia mendengar keluh kesah . Dia sahabat yang begitu melindungi . Dia sahabat yang sopan tutur katanya . Dia sahabat yang penyayang . Dia sahabat yang saya hormati . 


Percaya atau tidak , jika melihat tingkah saya kepada dia . Ada yang mengatakan saya suka kepada dia . Sahabat , sahabat sahabat . Saya begitu menyenangi kehadiran dia di sisi saya . Saya begitu hargai kewujudan dia dalam saya . Persahabatan itu indah . 


Saya merindu rutin untuk memanggil nama dia . Ya , nama dia meniti di bibir saya dalam setiap rutin yang saya lakukan di sekolah . Saya merindu untuk berkongsi bekal dengan dia . Dia gemarkan lauk sambal udang . Saya ingat itu . Sahabat yang suka tersenyum . Saya merindui saat apabila saya mahu pulang , dia akan katakan "kau bawa kereta ? Elok Elok . Sampai message aku" . Sudah saya katakan , dia sahabat yang melindungi saya ketika susah dan senang .


Dia sahabat yang akan saya rindu jika tiada lama di sekolah . Akan rasa kehilangan jika dia tiada . Dia pernah katakan kepada saya "Aku nak buktikan dekat cikgu sekolah ni , anak kampung macam aku boleh berjaya , bukan masuk sekolah ni sebab sukan je" . Sahabat , aku percaya kau boleh . Aku yakin kau boleh . Aku juga masih ingat saat awal persekolahan , dia mendapat tawaran ke UITM . Aku begitu menghalang dan tidak menyokong dia ke sana kerana hati ini mahu dia ada dalam mengharungi hari hari di sekolah . 


Aku masih ingat dia yang setia berada di sisi di saat aku berhadapan dengan keadaan hebat di sekolah . Aku masih ingat dia yang setia bertanya akan keadaan aku ketika muram sedih duka . Aku masih ingat dia yang menemani aku untuk ke mana sahaja . 


Aku kehilangan . 


Saya tidak tahu di mana silapnya perjalanan persahabatan kami , kini semuanya berpusing 360 darjah . Dia seperti insan yang tidak pernah saya kenali , dia seperti insan yang tidak pernah hadir dalam hidup saya . Jujur , air mata ini mudah mengalir jika teringat akan kenangan persahabatan kami . dan air mata mencurah lebat di saat tangan menulis kisah ini . Sahabat . Aku sayang kau . 


Jika ditanya kenapa begitu beremosi ? kerana PERSAHABATAN ITU INDAH . Jika ditanya tidak ada rasa suka sepanjang persahabatan ? Jawapan saya , jika ada suka itu saya memilih persahabatan . PERSAHABATAN ITU INDAH .


Alif Safwan , jika ditakdirkan kau membaca coretan ini . Aku minta maaf atas semua silap aku dekat kau dan aku nak berterima kasih kepada kau kerana kau pernah hadir . Sahabat , doa aku selalu ada untuk kau .









No comments:

Post a Comment