Wednesday, November 23, 2011

Seindah pelangi hati ini , terima kasih Ya Allah untuk rasa indah itu .

Saya seseorang yang gemar membaca kembali penulisan saya , bukan angkat bakul sendiri tetapi lebih kepada untuk memperbaiki gaya penulisan dan mencari ilham untuk pelbagaikan idea penulisan saya . saya membaca dua post terbaru saya dan saya merasakan saya menulis hanya menulis dan bukan menulis kerana mahu menulis . seperti tidak ada yang kena dengan ayat ayat di dalam post tersebut. saya merasakan saya boleh mempelbagaikan ayat dan kosa kata dalam ayat ayat itu . saya akan mengolah kembali tetapi belum berjumpa ayat dan perkataan yang sesuai . saya juga seseorang yang suka merujuk kepada sekeping gambar dan melakar ayat berdasarkan gambar tersebut . menulis ibarat madu kepada saya ketika dalam kesedihan dan racun kepada saya apabila bergembira . maksudnya penulisan jiwa saya , tidak kira suka atau duka saya pasti menulis . saya harap cinta ini sentiasa mengalir dalam diri , InsyaAllah .

No comments:

Post a Comment