Tuesday, July 12, 2011

sedang berlaku ♥


dekat sini la saya , menulis apa yang telah berlaku . ini lah yang sedang berlaku dalam kehidupan saya (: sebenarnya banyak lagi yang telah berlaku tapi hanya aktiviti aktiviti di bawah sahaja yang ada gambar , yang lain tersimpan kemas dalam hati dalam bentuk gambar dan cerita sekali ♥

yaaa , benar dan tepat . kini kehidupan saya mengalami waktu waktu yang menuntut saya menarik nafas dan beristighfar banyak banyak . kesedihan , keperitan dan kesakitan . air mata begitu lama menahan pengeluarannya , namun manusia tetap manusia . mengalir jua air mata itu , bukan simpati dan lakonan . percayalah , bukan itu yang saya minta untuk terjadi , saya sudah cuba menghalangnya , namun air mata begitu degil dan terus mengalir . apabila ada yang bertanya , kenapa dan mengapa air mata itu mengalir ? saya hanya mampu tersenyum dan menjawab "tiada apa apa , semuanya okay" . hati ini menjerit untuk meluahkan segalanya , tetapi akal pantas mengambil alih memainkan peranan dengan menyoal "adakah mereka akan memahami susur galur hati ini ? " lantas , saya memilih untuk berdiam . kerana saya mengetahui apa pun yang saya buat dan cakap , pasti ada yang tersilap mentafsir dan kini saya memilih untuk tersenyum (:

No comments:

Post a Comment