Alhamdullilah , saya masih diberi ruang untuk mencoretkan sesuatu di badan awak. apa khabar berlian berlian hati ? harap semuanya baik belaka . khabar saya ? saya sihat dan baik baik sahaja . kini rutin harian saya tertumpu kepada hal hal yang berkaitan dengan sekolah , itu keutamaan saya . ya , masih ada perkara lain yang menjadi keutamaan saya namun pelajaran merupakan fokus utama . saya mengharapkan yang terbaik untuk perkara yang lain (:
Kurang 24 jam lagi , umat islam akan menyambut bulan ramadhan . dan sehari lagi untuk saya menduduki ujian bulanan buat kali pertama sebagai pelajar STPM . tahun ini merupakan ramadhan pertama babah tiada bersama disebabkan menunaikan umrah bersama nenek . haaa jangan ditanya mengenai persiapan ujian kerana saya belum mula mengulangkaji . saya sedar ujian menghampiri tapi kemalasan mengulit diri . saya tahu itu tidak bagus sama sekali untuk pelajar STPM kerana STPM menuntut pengorbanan yang besar dan saya berharap kerajinan akan menguasai diri saya sedikit masa lagi . kita sama sama doa ya untuk itu , Amin (:

No comments:
Post a Comment