Saturday, May 21, 2011

walaupun hanya sesuap






kasih ibu membawa ke syurga . saya tidak pernah menafikan perkara ini . tidak sama sekali . mummy saya , Ateena Ishak adalah ibu terbaik dan terhebat di atas muka bumi ini . jujur , jika saya bukan dilahirkan sebagai anak mummy . saya pasti akan mengakui perkara yang sama . namun saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk merasa sebuah kasih sayang daripada wanita cantik ini .

mummy insan yang akan setia mendengar luahan cerita saya , mummy insan yang sama sama gelak dengan saya , mummy insan yang akan mengalirkan air mata bersama , mummy insan yang begitu sabar hatinya melayan kerenah lapan orang anak , mummy insan yang akan berusaha menyediakan setiap perkara yang terluah melalui melalui anak anak dia , mummy insan yang akan mendorong saya ketika saya tidak yakin dengan apa saya buat , mummy insan yang akan pegang tangan saya ketika saya demam panas dan risau keadaan saya , mummy insan yang akan menyuap saya ketika saya malas nak makan , mummy insan yang akan membantu saya dalam pelajaran , mummy mummy semuanya mummy .

saya tidak jemu untuk mengenali dan merasai kasih sayang Ateena Ishak ♥

mummy , terima kasih untuk semuanya . kakak sayang mummy ♥

p/s : hebat kan mummy saya , 8 anak 8 mulut yang perlu di suap ?

No comments:

Post a Comment