Wednesday, May 4, 2011

gambar tidak membisikkan yang tersirat

Gambar ini semuanya tercipta sebab saya bosan dan
berada dalam tahap hati yang penuh wayar yang berselirat ,
tahap minda yang serabut disebabkan benang benang fikiran
tidak dapat berfikir dengan baik . saya mengeksperasikan
melalui gambar gambar ini yang tidak menzahirkan apa
yang saya rasa .


Walaupun diri saya diselaputi pelbagai bentuk anasir
yang memberi saya tekanan , saya tetap memilih
untuk tersenyum . senyuman itu rahsia terapi
yang paling baik untuk mengelakkan pelbagai bentuk
kerutan di muka .

selain mengelakkan kewujudan kerutan ,
senyuman merupakan perkara pertama
yang saya lakukan apabila diri ini
gundah gulana sebelum memikirkan langkah
lain untuk menyelesaikannya . salah satu cara juga
untuk saya menzahirkan kepada Ilahi bahawa
saya redha dengan dugaanNya .

Elakkan daripada bersifat memberontak
atau menggunakan cara yang dianggap
kurang ajar apabila masalah kita melibatkan
bersama manusia . apabila kita membalas
apa yang orang buat dekat kita
dan melebihi orang itu , kita sebenarnya
layak diperlakukan sebegitu kerana kita
sama macam dia . Oleh itu , elakkan daripada
membalas . berdiam diri lebih baik , dengan
berdiam diri kita akan rasa lebih tenang .
dan yakin kebenaran akan tersingkap jua (:

Jauhi diri daripada diselimuti perasaan sedih
muram duka yang panjang . itu tidak elok untuk
fizikal dan mental . lebih baik kita memikirkan
cara untuk menyelesaikan masalah dan
mencari alternatif lain untuk menggembirakan hati .


Nak gelak besar besar , gelek gerudi ,
senyum sampai mulut sakit , melompat
lompat seperti dapat anugerah , menyanyi hentak
hentak kaki sampai manusia lain berpaling
dua kali melihat . peduli apa kan ? asalkan
hati kita bahagia dan kita tahu apa kita buat .
itu sudah cukup selagi tidak
menggugat pandangan mata orang lain .


ahhhhhhh Cheq lupa nak habaq .
kita pengarah , penerbit , penulis skrip ,
pelakon , penyanyi dalam kehidupan kita .
diri sendiri yang mampu mengubah
hidup masing masing . kita yang mencorak
bentuk kehidupan kita . Allah tidak akan
mengubah nasih hambanya melainkan
hambanya sendiri . namun kita merancang
Allah yang tentukan . yang penting usaha
doa dan tawakal , InsyaAllah semuanya
akan sentiasa berada dalam
keadaan yang kita mahukan (: Amin .


saya tersenyum gembira sebab melalui gambar gambar saya dapat menulis apa yang saya ingin katakan walaupun semuanya tidak dirancang . dapat camera terus posing (: kawan kawan melalui penulisan juga kita boleh melahirkan apa yang kita dah kandungkan dalam hati sekian lama . seperti apa yang saya lakukan . gunakan ruang penulisan yang ada ini sebaiknya . saya rasa lega dan puas . saya sayang semua

No comments:

Post a Comment