Tuesday, May 17, 2011

bingkisan khas buat RAR


bingkisan ini perlu supaya RAR mengetahui betapa saya menyayangi diri dia . dan juga untuk dia sentiasa ingat bahawa saya sentiasa ada untuk dia . sebenarnya saya bukan seorang yang bijak untuk meluahkan kasih sayang sama ada sesama ahli keluarga , sahabat dan mereka yang berada di sekeliling saya . melalui kata kata perlakuan semuanya saya kaku . eh bukan kaku la tapi tidak tahu bagaimana hendak mengeksperasikannya . tetapi demi RAR saya cuba ya . tidak salah mencuba .

Rabiatul Adawiya Razali ,
Setahun perkenalan kita bukan ukuran untuk semuanya . manusia manusia pasti mempersoalkan kenapa begitu cepat aku boleh rapat dan percaya kau . tapi jawapan aku jika keserasian itu ada dan juga mempunyai sebuah kejujuran dalam melakukan sesuatu sehari pun boleh wujud kepercayaan dan kasih sayang itu . aku cuma nak kau tahu aku sayang kau sangat sangat . gelak tawa senyuman tangisan jeritan semuanya yang ada ketika bersama kau adalah semulajadi tanpa paksaan . aku sentiasa ada untuk kau . jaga diri kau baik baik dekat sana . sesiapa buat kau nangis , kau habaq dekat aku . meh aku hentak dia sikit ? eh jangan jangan . kita biarkan je dia , sebab kalau kita balas kita sama macam dia kan ? kita kan bidadari syurga . *PERASAN SESEKALI TIDAK MENGAPA* yang penting kau senyum selalu . dan itu antara kebahagiaan aku bila tengok kau senyum . iloveyou iloveyou iloveyou

No comments:

Post a Comment