
Kesibukan menghambat diri . Kekangan masa yang membataskan saya untuk menarikan tangan saya di badan awak . Walaupun hakikatnya begitu banyak yang perlu saya kongsikan bersama awak . Apa yang saya sibukkan ? Sudah seminggu saya kembali bekerja di pejabat babah saya . Minggu ini sangat sibuk dan begitu banyak kerja nak buat . bangun pagi terus ke office . dan malam sampai je rumah terus tidur . Itu rutin harian saya seminggu ini . Saya mula memahami erti kesibukan . Saya mula mengerti pengorbanan babah dan mummy yang bertungkus lumus untuk memastikan saya dan adik adik bernafas di bumi dengan keperluan yang lengkap . Saya cukup menghargai pengorbanan mereka . Setiap titik peluh mereka akan saya pastikan semuanya terbalas dengan kejayaan saya kelak . InsyaAllah . Kini , sementara menunggu keputusan SPM . Saya akan pastikan saya membantu mereka melakukan kerja kerja di pejabat dan menjaga adik adik saya. Kelas memandu ? ohhh lama sudah saya tidak pergi ke kelas memandu sejak kesihatan saya tidak mengizinkan . InsyaAllah , saya akan mula ke kelas memandu pada akhir bulan Mac memandangkan Ujian JPJ saya pada 5 April (:
Aktiviti Sosial ? Saya dah lama tak menggedik seperti biasa . rindu . HAHA . Tidak mengapa . Setelah selesai semuanya , saya akan menggedik semula . Nak cuti pun rasa bersalah . Kerja banyak tak siap . Oleh itu , saya akan mula melibatkan diri dengan dunia luar setelah semuanya kerja ini selesai . Saya nak minta maaf dekat kawan kawan yang ajak keluar dan menghubungi saya . Bukan sombong atau tak nak layan , tetapi bila kepenatan mengulit diri . Hanya satu yang bermain di kepala apabila ada masa terluang iaitu TIDUR (: I still love you kawan kawan ♥ Saya tak lupa awak , awak , dan awak . Sentiasa ingat .
Keputusan SPM ? Saya mengharap dan doa yang terbaik (:
Laman Hati ? Begitu banyak yang terselirat di hati ibarat seutas tali yang perlu dirungkaikan ikatannya . Saya perlu bijak menanganinya dan meyelesaikannya agar kelak tidak menjadi sebuah penyesalan (:
No comments:
Post a Comment