Saturday, March 12, 2011

kau kunci cintaku dalam hatimu








Persahabatan kami baru setahun jagung dan saya mengharapkan persahabatan ini kekal selamanya . mula mula masuk St.Mary bila nampak gadis manis ini , atau lebih tepat bila kami bersua muka . mesti ada perasaan "dia tak suka aku ke ? " tapi seperti biasa saya bersangka baik dan tegur dia macam biasa bila jumpa dan belajar sama sama masa kelas akaun , agama . saya menjadi diri saya . tegur semua orang , beramah mesra . saya tahu ada yang tak suka . tetapi saya lebih gemar menjadi diri sendiri dan tidak berlakon untuk menyenangkan hati orang lain. dan saya memerhatikan dia juga begitu . dia senang menjadi diri sendiri . mungkin kerana itu kami boleh ngam dan semakin rapat . kalau dia gelak + saya gelak . awak semua boleh bayangkan ? tak runtuh kelab dangdut ? haha . saya sayang dia . saya selesa dan senang bersahabat dengan dia .

Rabiatul Adawiya Razali ,

Aku sayang kau . aku selalu ada untuk kau dan kau tahu itu kan ? aku memang senang berkawan dan rapat dengan semua tapi tak semua boleh masuk dalam liga tertinggi dalam laman hati aku . so der , lu dah masuk dalam liga tertinggi hati wa. lu susah nak keluar dah (: ingat , aku ada dekat sini kalau kau perlukan aku. kau kena kuat bila ada masalah melanda . kerana masalah itu yang akan mematangkan kita . semua cabaran atas muka bumi ini ada jalan penyelesaiannya. Allah tahu tahap kekuatan hambanya . sentiasa yakin diri dan anggap diri kita ada keistimewaan masing masing yang perlu kita cari . aku harap kita sahabat sampai bila bila

No comments:

Post a Comment