Friday, March 4, 2011

hembusan rindu

RINDUUUUUUU ! YA HEMBUSAN RINDU ! rindu saya pada mereka telah membawa saya berjumpa mereka walaupun kesihatan masih belum baik sepenuhnya . kisah bermula dengan mummy ambil NUR ANIS & NADIA dekat Damansara and terus hantar kami ke Sunway Pyramid . DIANA ROSLI telah membuat kami berpusing atas bawah untuk cari baju . anaaa , boleh kau cakap tak ada baju kan ? for u Ana , lautan api pun sanggup aku redah kan . tetapi sedihnya FITRAH SYUHAIDAH tak dapat join sebab dia kerja . jadi kami ambil peluang jumpa dia sekejap . walaupun sekejap . bermakna untuk saya . sebab rindu saya pada dia terlerai . cantik pelangi kehidupan aku nanti kita lepak and lepas rindu lagi okay ? (:

Seperti yang dirancang oleh kawan cantik saya , diana rosli kami pun ke Subang Avenue berjumpa NIK FATHIAH dan yang lain ( Shukri Ahmad , Hakim , Amir Zharif ) untuk bermain rollerblade . ini kali pertama saya ke sana dan kali pertama kami main benda alah ni . mula mula memang bergetar kepala lutut okay . bukan mengada tapi memang takut . tapi rasa takut perlu kita diatasi kan ? dengan bantuan sahabat tercinta dan yang lain , saya berjaya main walaupun slow slow .

Inilah dia insan yang sangat tinggi tempatnya dalam hati saya Saya terharu bila mereka acap kali tanya "atiqah , kau okay ?" mudah dan ringkas pertanyaan itu . tetapi kesannya besar untuk saya kerana saya merasa kasih sayang dan keprihatinan mereka untuk saya . gelak tawa , gurau senda , jeritan nyaring , senyuman manis menghiasi hari kami bersama. terima kasih sahabat



Konklusinya , 1 mac 2010 adalah hari yang akan tersenarai sebagai hari yang mencipta kenangan indah dalam diari kehidupan saya . Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari laman hati saya . haha maksudnya , saya dah simpan rapi dalam hati saya . dah kunci dah .

p/s : awak , awak pun tahu kan ? (: HAHA

No comments:

Post a Comment