Sunday, February 6, 2011


Isnin dan selasa ( 31 Januari dan 1 Februari 2011 ) saya kembali bekerja di Ikatan Yakin Sdn . Bhd . office ayah tercinta . semangat bekerja berkobar kobar kerana baru dapat gaji bulan pertama bekerja . lompat tinggi tinggi ni . happy sangat sangat . sangat sangat happy . Alhamdullilah . Buat masa ni . tiada perancangan lain selain daripada menyimpan sahaja duit gaji itu (: Awak nak tahu kerja saya apa ? ohh kerja saya menaip dengan memasukkan data ke dalam komputer dan melakukan semakan semula . saya juga melakukan kira kira . nampak macam senang kan ? tak sesenang yang disangka kerana menuntut ketelitian yang sangat tinggi . dan saya boleh katakan setelah sebulan bekerja , ini bukan bidang saya . maksud saya duduk seharian di hadapan komputer tanpa boleh bercakap seperti biasa , berjumpa manusia . itu bukan saya . kerana saya gemarkan kerja yang membolehkan saya berkomunikasi . tetapi hidup perlukan pengalaman . jadi saya rasa tiada salah untuk saya mencuba pengalaman pengalaman ini . pengalaman menjadikan kita insan yang lebih dewasa , InsyaAllah . saya akan manfaatkan pengalaman saya ini untuk kegunaan akan datang (:

No comments:

Post a Comment